Sabtu, September 22, 2007

MUTIARA

TAHUKAH ANDA,

Mutiara
adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas.Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai conchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali, ibu mutiara (mother-of-pearl). Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya.
Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.

Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!

Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi. Orang Jepun misalnya, memasukkan sejenis bahan asing ke dalam tiram. Mereka mahu tiram membiak dengan menghasilkan banyak mutiara di sekelilingnya

petikan : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

MRC at 10:26 PTG

0comments

Sabtu, Februari 17, 2007

5th Anniversary

Daisypath Pic
Happy 5th Anniversary
Daisypath Ticker


Tinggal beberapa hari lagi kami akan menyambut HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN yang ke-5 (17/02/2007). Terharu, syahdu, syukur dan segalanya bermain dihatiku. Dah 5 tahun rupanya aku dan suami terikat dengan akad ijab dan qabul dan sudah 5 tahun juga rupanya kami bergelar suami dan isteri.

Dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan ini terlalu banyak yang aku pelajari dan fahami. Kekurangan dan kelebihan masing2 untuk kami saling melengkapi antara satu sama lain. Semakin hari aku semakin arif dan memahami setiap tingkah laku dan kegemaran masing2. Aku belajar mengerti dan menerima kekurangan dan ketiadaan dalam rumahtangga kami.

Tidak segalanya indah dalam perkahwinan ini dan tidak juga segalanya pahit. Yang penting bagi aku, setiap hari aku belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan agar ianya tidak diulangi. Awal2 dahulu memang kami banyak 'bersengketa' kerana miscommunication. Sedih rasanya mengenang saat2 tu. Tapi itulah juga pengajaran yang paling berharga buatku dalam 'sekolah perkahwinan' ini.

Dan dalam tempoh 5 tahun ini juga aku telah bergelar ibu kepada 3 org anak2 comel (Muhd. Shafique Zaqwan (4 thn 5 bulan), Muhd. Faeiz Zaqwan (3 thn 5 bulan) dan Muhd. Ashraf Daniel (4 bulan) tanda ikatan kasih sayang kami.

Biarpun dia bukanlah seorang yang sentiasa romantis seperti yang didambakan kebanyakkan wanita yang bernama isteri, walaupun terlalu sukar untuk mendengar kata cinta, ucapan rindu dan janji indah daripadanya namun aku tahu jauh disudut hatinya dia sangat menyayangi dan mencintai aku. Di dalam hatinya sentiasa berbisik kata cinta dan rindu buatku. Cuma mungkin latar belakang diri menyebabkan ianya sukar diluahkan dengan kata2.

Terima kasih suamiku

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

MRC at 10:31 PTG

1comments

Ahad, Februari 11, 2007

Break jap

Rehatkan minda anda sebentar

Lawak haprak


A : Empat org lelaki tlh jatuh ke dalam sungai ttp hanya 3 org drpnya yg basah rambutnya.

B : Mengapa plak? (sambil menggaru kepala)

A : Sbb salah seorg drpdnya berkepala botak. Kwang 3x

B : Chitt!!! (#&%$*&!#$ <-- kena sensor


p/s : saja jer... lama tak hapdet... :p

MRC at 8:16 PTG

0comments