Sabtu, Februari 17, 2007

5th Anniversary

Daisypath Pic
Happy 5th Anniversary
Daisypath Ticker


Tinggal beberapa hari lagi kami akan menyambut HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN yang ke-5 (17/02/2007). Terharu, syahdu, syukur dan segalanya bermain dihatiku. Dah 5 tahun rupanya aku dan suami terikat dengan akad ijab dan qabul dan sudah 5 tahun juga rupanya kami bergelar suami dan isteri.

Dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan ini terlalu banyak yang aku pelajari dan fahami. Kekurangan dan kelebihan masing2 untuk kami saling melengkapi antara satu sama lain. Semakin hari aku semakin arif dan memahami setiap tingkah laku dan kegemaran masing2. Aku belajar mengerti dan menerima kekurangan dan ketiadaan dalam rumahtangga kami.

Tidak segalanya indah dalam perkahwinan ini dan tidak juga segalanya pahit. Yang penting bagi aku, setiap hari aku belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan agar ianya tidak diulangi. Awal2 dahulu memang kami banyak 'bersengketa' kerana miscommunication. Sedih rasanya mengenang saat2 tu. Tapi itulah juga pengajaran yang paling berharga buatku dalam 'sekolah perkahwinan' ini.

Dan dalam tempoh 5 tahun ini juga aku telah bergelar ibu kepada 3 org anak2 comel (Muhd. Shafique Zaqwan (4 thn 5 bulan), Muhd. Faeiz Zaqwan (3 thn 5 bulan) dan Muhd. Ashraf Daniel (4 bulan) tanda ikatan kasih sayang kami.

Biarpun dia bukanlah seorang yang sentiasa romantis seperti yang didambakan kebanyakkan wanita yang bernama isteri, walaupun terlalu sukar untuk mendengar kata cinta, ucapan rindu dan janji indah daripadanya namun aku tahu jauh disudut hatinya dia sangat menyayangi dan mencintai aku. Di dalam hatinya sentiasa berbisik kata cinta dan rindu buatku. Cuma mungkin latar belakang diri menyebabkan ianya sukar diluahkan dengan kata2.

Terima kasih suamiku

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

MRC at 10:31 PTG

1comments

Ahad, Februari 11, 2007

Break jap

Rehatkan minda anda sebentar

Lawak haprak


A : Empat org lelaki tlh jatuh ke dalam sungai ttp hanya 3 org drpnya yg basah rambutnya.

B : Mengapa plak? (sambil menggaru kepala)

A : Sbb salah seorg drpdnya berkepala botak. Kwang 3x

B : Chitt!!! (#&%$*&!#$ <-- kena sensor


p/s : saja jer... lama tak hapdet... :p

MRC at 8:16 PTG

0comments