Jumaat, Disember 15, 2006

Growin' Up



Antara sedar dan tidak buchuk ibu "Ashraf Daniel" dah pon 2 bulan lebih semakin membesar semakin byk ragamnya.. Daniel dah pandai senyum dan mengeluarkan bunyi yg pelik2 dah dan yg paling dia suka main liurnya.

Dalam beberapa hari nih Daniel dah mula pandai pusing badan dan ada 1 hari tuh masa aku kat dapur tgh masak, masa tuh daniel tgh main sensorang so aku tinggalkan lah dia kejap mula2 tuh dengar jgk suara dia mengagah tapi lama2 langsung tak dak suara ingatkan dia tidur so aku biarkan jer.. 5 minit lepas tuh rasa cm tak sedap ati jak, aku pon masuk lah bilik tgk betulkah daniel dah tidur (sbb biasanya lepas main2 dia pandai tidur sendiri sambil isap ibu jarinya). Masuk jak ke bilik, masayaallah... biar betul anak aku nih, dia dah tidur meniarap sambil isap ibu jarinya ("pelik jugak sejak bila plak aku tiarapkan dia"). keesokkan harinya masa dia baru lepas mandi barulah aku tau, rupa2nya dia dah pandai pusing badan sambil tiarap sendiri.. hoh! kuat jugak badan daniel nih masa abg2 dia dulu dah 3 bulan lebih baru pandai tiarap.. sekarang nih dia tgh tido atas buaian adalah jugak masa aku sedikit tuk buat n3..

Utk Buchuk ibu Daniel... lekas2 lah besar

MRC at 8:38 PTG

0comments

Jumaat, Disember 01, 2006

My besday


29hb.November,xxxx


( i )

Di dingin pagi ini
Tika mentari mengintai malu
Di dedaun yang tiba-tiba layu
Dan gugur satu-satu
Ku fahami tentang kedewasaan
Yang mencipta kejadian
Tidakkah bagai diatur dan tersusun
Waktu beredar
Usia meningkat
Dan remaja pun berakhir

Pernah kau tanyakan pada ku :
Masih ingatkah engkau di pagi sepertiga
November lalu ? Tika jeritan sayu ibu
Dan bapa di luar kamar
Menadah kelangit, berdoa :
"Oh Tuhan, selamatkanlah anak
dan isteri ku."
Dan laungan pertama bayi perempuan
Menggema seisi rumah
Yang tiba-tiba mengukir senyum rindu
Yang terubat di sembilan purnama

Lalu kau di bisikkan suara seruan
Dari satu kewajiban mu
"Allah Maha Bersar. Allah Maha Besar..."
Tetapi engkau diam di fikiran kosong
Dalam jiwa suci bersih
"Ingatlah anakku, hidup akan
mewarnai masa depan mu."

( ii )

Perjalanan menjadi panjang
Liku-liku dan jurang merintang
Disetiap perhentian
Akan terhentikah aku
Di satu pertemuan itu ?


Ku sambut dengan hati
Yang tenang. Ketenangan
Dari berbagai warna
Apakah hati itu tidak lagi
Putih seperti dulu ?

O... betapa aku akan dewasa
Begini. Memandang ruang alam
Yang kosong. Mengejar waktu
Membilang hari. Hingga lupa
Di mana kaki berdiri, di mana
Akan kembali !


Selamat HariJadi buat diriku....

MRC at 11:54 PG

3comments